SENJARAH SEKOLAH
Sekolah
ini ditubuhkan pada tahun 1958,Idea untuk menubuhkan sekolah ini diusahakan
oleh Encik Mohd. Yusup Bin Haji Omar. Semasa itu beliau yang menjawat jawatan
pengerusi Jawatankuasa Sekolah Kampung bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa
mendesak Majlis Tempatan dan Jabatan pendidikan untuk mendapatkan pertimbangan
yang sewajarnya. Setelah mendapat restu maka sekolah ini dinamakan Sekolah
Lumba Kuda kerana ia berdekatan dengan Padang Kelab Lumba Kuda.
Bangunan sekolah yang pertama dibina pada 28 Februari
1958 dan diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai 4 buah bilik darjah dan dapat
menampung seramai 160 orang murid. kos pembinaannya ialah RM26 000. Pembukaan
bangunan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching iaitu
Datuk William Tan.
Pada bulan Julai 1959, dua buah bilik darjah telah dibina lagi.
Memandangkan jumlah murid kian bertambah maka dalam awal tahun 1962 sebuah
bangunan yang mempunyai 6 buah bilik darjah telah dibina. Bangunan dua tingkat
ini diperbuat daripada kayu. Semua perbelanjaan ditanggung oleh Majlis Tempatan
Kuching. Pada tahun yang sama juga perkhidmatan pergigian diperkenalkan di
sekolah ini dengan mendirikan sebuah Klinik Pergigian Sekolah.
Pada tahun 1970, Majlis Perbandaran Kuching dengan bantuan Jabatan
Pendidikan membina sebuah kantin. Kemudahan ini diberi jugakepada murid-murid
Sekolah Rendah Padungan yang baru siap dibina berdekatan kawasan Sekolah Rendah
Kerajaan Lumba Kuda pada akhir tahun 1969 untuk menampung jumlah murid yang
semakin bertambah akibat pertambahan pendudukan di kawasan perumahan Kenyalang
Park, kawasan Sekama dan Jalan Ellis yang datang menuntut di sekolah ini.
Pada tahun yang sama, sebuah bangunan konkrit dua tingkat yang mempunyai 12
buah bilik darjah telah di bina bersama dengan kemudahan elektrik, kipas siling
dan tandas moden. Dengan tambahan bangunan ini, maka sekolah ini mempunyai 24
buah bilik darjah. Ini adalah semata-mata untuk menampung jumlah murid yang
semakin bertambah.
Luas kawasan sekolah ini ialah 2 ekar atau 0.8 hektar.
Semenjak dari tahun 1975 hingga 1984 sekolah ini telah digunakan untuk
menempatkan sementara 3 buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Bintawa,
Sekolah Menengah Muara Tuang dan Sekolah Menengah Lumba Kuda. Semua pelajar
sekolah menengah tersebut belajar di sebelah petang.
Dalam tahun 1984, Sekolah Rendah Kerajaan Lumba Kuda
diarah bergabung dengan Sekolah Rendah Kerajaan Padungan. Maka pada Januari
1985, Sekolah Rendah Kerajaan Lumba Kuda dikekalkan tetapi Sekolah Rendah
Kerajaan Padungan dipadamkan dan dianggap tutup. Bangunan Sekolah Rendah
Kerajaan Lumba Kuda yang lama itu diambil alih oleh Sekolah Menengah Kerajaan
Lumba Kuda.
Bangunan yang dihadapan sekarang mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah
pejabat dan sebuah bilik stor serta satu blok tandas untuk murid. Ia dibina
pada tahun 1964 dan menelan belanja sebanyak RM110 000. Bangunan ini juga
dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching pada masa itu iaitu Datuk
Ong Kee Hui. Pembukaan rasmi diadakan pada 17 November 1964.
Bangunan di belakang mempunyai 6 buah bilik darjah,
sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat, sebuah bilik stor dan tandas untuk
guru lelaki dan guru perempuan. Ia dibina pada tahun 1969 dengan menelan
belanja sebanyak RM76 000. Sebahagian daripada kos pembinaan bangunan itu telah
dibiayai oleh Jabatan Pendidikan. Luas kawasan sekolah ini ialah 1 ekar atau
0.4 hektar.
Lewat tahun 1992, Jabatan Pendidikan telah meluluskan dua
projek dengan peruntukan sebanyak RM80 000 untuk pembinaan sebuah kantin dan
sebuah gelanggangpelbagai guna seperti gelanggang bola keranjang dan gelanggang
tenis yang siap dibina pada bulan Disember 1992. Dengan kemudahan ini,
murid-murid di sekolah ini dapat menikmati kemudahan rekreasi setanding dengan
sekolah lain.
Buat masa sekarang, sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa
Malaysia dan Bahasa Cina. Aliran Bahasa Malaysia mempunyai 12 buah kelas dan
Bahasa Cina mempunyai 6 buah kelas.Oleh kerana sekolah ini mengalami kekurangan
bilik darjah maka Kelas Tahun 1, 2 dan 3 aliran Bahasa Malaysia belajar di sesi
petang dan Kelas Tahun 4, 5 dan 6 aliran Bahasa Malaysia serta Tahun 1,2,3,4,5
dan 6 aliran Bahasa Cina belajar di sebelah pagi.
Kini, pada tahun 2016, jumlah murid adalah seramai 406
orang, 38 guru terlatih dan 5 orang staf sokongan. Bangunan makmal dan
prasekolah juga telah diwujudkan. Keadaan persekitaran semakin ceria dan
menarik.
I'm looking for teacher name Mrs.Parker who ever teach English class in this school. Year around 1989-1994
ReplyDelete